7/09/2011

Suka suki

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cerita sikit tentang perjalanan aku ke Penang.. Happynyerrrr... semalam dalam post  Owhh cuti aku ada cerita  yang  aku habiskan masa cuti aku di rumah  tapi tiba-tiba Diya kelembai  ( bukan nama sebenar) ajak keluar pi Penang. Apa lagi aku  terus join arr.. Actually bukan kami berdua  jer yang  keluar tapi kami berenam aku , Diya Kelembai , Intan Aradella , Hanna Idfa , Fanieyz Fanisya , dan Ikin Bikyo.

Disebabkan masing-masing tak der kereta so kami decide nak sewa kereta VIVA. Kereta VIVA untuk 5 jam dalam harga Rm 45.. cheap kan.  So lepas je discuss ngan abang penyewa kereta ( encem OOoo macam Brand Pitt hehe sila abaikan  )   kami terus arr bersiap.. Sekarang pukul 4 ptg , abang tu cakap kereta VIVA tu akan sampai , tunggu tunggu tapi tak sampai pon.  Habis mekap kami cair huh !!!.. Last-last abang tu cakap penyewa kereta VIVA tu tambah masa .. OMG penat jer kami siap , terus mood jadi down. Ni yang nak marah ni ~ agaagaaga

Then, kami pergi jugak Penang . Nak tahu tak naik apa?? kami naik keta ALZA . Gila!! besar kot. 5 jam Rm 60. okey la tu kan.  Minyak Rm 25 jer guna divide 6 owg..  Jimatkan . Kami tengah berjimat -   cermat la ni coz masing- masing tengah pokai  tapi keteqaq ( keras kepala) jugak duit tak dak nak keluaq pi Penang aduyaii....  Lepas kutip duit minyak sorang sikit, dalam pukul 6.30 ptg kami bertolak . Driver kami ialah Fanieyz Fanisya . Owgnya kecik . Dalam kereta dok kalut " wei aku tak nampak "haha .  Mula - mula singgap jap Pasific nak beli barang untuk dinner Step . Kemudian baru pi Penang .

Okey sebelum  ke Penang Bridge , kena bayar tol dulu kan Rm 7. Tapi kami tak bayar . Nak tahu kenapa ?? Kami silap masuk tol haha.. Kami masuk tol SMART TAG haha.. Kami ingatkan tol tunai slumber arr bawa kereta . Kawan aku cakap " tol ada kt depan kot noh". Dah setengah jalan last-last tak der tol pon .  Kecutt perut beb , yang bestnyer ada dengar bunyi alarm menusuk jantung sehingga driver betul-betul terkesima dan cuak... Masa tu masing- masing muka pucat lesi . haha..

Time atas jambatan tu apa lagi driver pecutt arr takut kena kejar tapi alhamdulliah tak der apa - apa pun yang berlaku. Nasib baik kan.  Destinasi kedua , kami pergi BJ ( Bukit Jambul ) . Saja cuci - cuci mata .
Time nak parking kereta ni pun satu hal . Susah betul nak cari parking . Last - last jumpa satu tempat parking ni.. Baik punyaa.. Tempat yang strategik dan dekat sikit nak masuk BJ . Elok masuk parking kwan aku cakap " wei -wei cepat  cabut , polis  saman kereta belakang laa " haha . Malang betul , kami ingatkan tempat ni boleh parking . Nasib baik kami belum  parking dekat situ.. Alhamdulliah selamat , kalau tidak kena bayar saman .

Destinasi ketiga kami pergi rumah Intan Aradella , nak makan free punya pasal . haha jimat sikit . Mak Intan masak sedap . Benda free memang la sedapkan , normal la tuu . Macam - macam lauk . Kami makan sambil tengok cerita Annisa .. Setakat ni tak pernah miss lagi cerita ni. Kemudian kami plan nak jalan kat pantai . Malam - malam kalau lepak kat pandai memang best kan . Dengan  angin yang simpul - simpul bahasa. wahh... tapi kami tak sempat pergi pun dah pukul 11 mlm takut masuk hostel lambat satgi ada jugak  owg tidor  depan housegate.

Kat bawah ni ada gambar sikit yang aku nak tunjuk kt korang . so tengok nahh.. just for fun $__$ .















okey, cukup kot noh .. upload gambar bnyak - banyak  buat apa.. Apa - apa pun terima kasih nahh kerana sudi baca entry ni .. Aku rasa antara post entry yang aku pernah buat yang ni lah paling panjang . Lenguh aih...

~SEKIAN~

3 comments:

Diya Lolipop said...

huhuhu fun2 mmg lawak arrr free jer naek penang pas nie kte wat kje gle lg huhuhu

diya said...

uhuhhu fun2!!!enjoy msuk tol free lalaalal

farah wahida said...

okey..kita bt mcm ni nak..kak ko kata 2 @ 3 kali blh lgi kan..so kita msuk penang free la yer,..